A-ENRICHGOLD-i

TENTANG PRODUK INI

A-Enrich Gold i

Kita mempunyai harapan dan impian untuk masa depan. Sama ada melibatkan pembelian kereta baru, rumah baru, pendidikan anak-anak anda atau rancangan persaraan, anda perlu mempunyai penyelesaian kewangan yang membantu anda menzahirkan matlamat anda. 

AEnrichGold-i adalah pelan simpanan dengan tempoh bayaran pendek yang menyediakan perlindungan Takaful dan keuntungan pelaburan berpotensi, yang membolehkan anda memaksimumkan pulangan ke atas wang anda.

Tempoh Perlindungan

SEHINGGA 30 TAHUN

Umur Penyertaan

14 HARI – 65 TAHUN

APA YANG DISEDIAKANNYA?

Lebihan

PILIHAN TEMPOH BAYARAN CARUMAN

Anda boleh memilih untuk membayar bagi pelan ini selama 10 tahun untuk menikmati perlindungan selama 25 tahun, atau membayar selama 20 tahun untuk menikmati perlindungan selama 30 tahun.

Bayaran Meningkat

BAYARAN TUNAI MENINGKAT

Anda akan menerima bayaran tunai secara tetap yang akan bertambah sepanjang tempoh caruman anda.

Nilai Matawang

NILAI MATANG

Apabila pelan anda tamat, anda akan menerima satu bayaran sekaligus sehingga 150% daripada jumlah perlindungan anda, bergantung kepada pelan anda.

Dana

DANA BERKAITAN PELABURAN UNTUK DISESUAIKAN DENGAN KEPERLUAN ANDA

Nikmati keuntungan pelaburan potensi daripada tiga jenis Dana Berkaitan Pelaburan AIA PUBLIC yang boleh anda pilih.

Kematian

FLEKSIBILITI DALAM SIMPANAN DAN PELABURAN

Anda boleh menambah simpanan anda, mengeluarkan wang tunai apabila perlu atau bertukar kepada dana lain jika matlamat pelaburan anda berubah.

Kematian Kemalangan

FAEDAH KEMATIAN

Pelan ini menyediakan kepada keluarga anda satu bayaran sekaligus jika anda meninggal dunia dalam tempoh sijil. Mereka akan menerima sebanyak dua kali ganda daripada jumlah pelindungan anda jika ianya berlaku akibat kemalangan.

HUMK

FAEDAH HILANG UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL

Anda akan menerima bayaran sekali gus jika anda hilang upaya meyeluruh dan kekal (HUMK). Anda akan menerima sebanyak dua kali ganda daripada jumlah pelindungan anda jika ianya berlaku akibat kemalangan.

Tonton Manfaat A-EnrichGold-i

Merealisasikan Matlamat Anda. Nikmati Peningkatan Faedah Gaya Hidup
Pelaburan AIA 1
Pelaburan AIA 2

SOALAN LAZIM

Pelaburan AIA 3
Pelaburan AIA 4
5/5 – (67 votes)