Keluarga adalah antara anugerah yang terindah dan tidak ternilai. Oleh kerana itu, anda ingin memastikan keluarga anda dilindungi sebaiknya walaupun apabila anda sudah tiada.
Memperkenalkan A-Life Ikhtiar, sebuah pelan Takaful Keluarga yang menyediakan jaringan keselamatan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka kepada anda. Pelan ini memberikan anda kebebasan untuk memilih tahap perlindungan dan pilihan perlindungan tambahan mengikut keperluan anda.
Sekiranya anda menyertakan perlindungan tambahan A-Plus Total Health dengan pelan ini, anda boleh menikmati perlindungan perubatan yang menyeluruh. Bagi setiap tahun di mana anda tidak membuat tuntutan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Health Wallet anda bagi membolehkan anda menjalani saringan kesihatan, vaksinasi, rawatan pemulihan dan banyak lagi.
Anda juga boleh menambah perlindungan perubatan di bawah pelan A-Plus Total Health kepada pasangan dan anak-anak anda di bawah sijil asas yang sama.
Pelan ini akan membayar amaun jumlah dilindungi secara sekali gus kepada keluarga anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda meninggal dunia.
Kami akan membayar 200% daripada amaun jumlah dilindungi sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan.
Keluarga anda akan menerima RM 5,000 untuk mengatur Badal Haji bagi pihak anda sekiranya anda meninggal dunia
Tingkatkan amal kebajikan anda kepada masyarakat dengan memilih untuk menderma sebarang lebihan yang anda mungkin terima kepada badan amal.
Automated page speed optimizations for fast site performance